PTIME RESOURCES
MENGAPA MEMILIH PTIME:
- Khidmat nasihat percuma terhadap produk Jam Taqwim Solat yang diingini pengguna dengan membandingkan produk-produk antara pengeluar Jam Taqwim Solat Digital di Malaysia dan Antarabangsa.
- Memudahkan pengurusan Masjid dan Surau mendapatkan produk-produk elektronik untuk kegunaan jemaah.
- Kami mempunyai tenaga kerja yang berpengalaman lebih dari 20 tahun dalam bidang Jam Taqwim Solat Digital.
- Kami juga ada menyediakan perkhidmatan selepas jualan bagi menyelesaikan masalah anda berkaitan Jam Taqwim Solat Digital. Pastikan Jam Taqwim Solat Digital di Masjid, Surau dan rumah anda terus berfungsi dengan baik.
"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran"
CIRI-CIRI PRODUK:
- Memaparkan Tarikh, Jam dan Taqwim Waktu Solat.
- Taqwim yang dipaparkan bersumberkan kepada taqwim yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti / Majlis Agama Islam Negeri di dalam Malaysia (mengikut zon). Jam Taqwim telah diprogramkan sehingga tahun 2099. Taqwim boleh dikemaskini sekiranya perlu (jika berbeza dibandingkan dengan kalendar taqwim Majlis Agama Islam Negeri).
- Mudah digunakan, hanya tetapkan zon tempatan, Jam Taqwim Digital berubah setiap hari secara automatik.
- Sumber kuasa yang rendah: Elektrik 5Vdc - 24Vdc (3W - 38W).
- Dilengkapi bateri sokogan ingatan (memory backup battery) - beroperasi semasa bekalan elektrik terputus, untuk memastikan jam terus beroperasi di dalam sleep mode.
- Penyelenggaraan yang minimum. Tukar bateri sokongan dan kemaskini taqwim (sekiranya perlu). Tetapi adalah lebih baik sekiranya penyelenggaraan (kemaskini taqwim) dilakukan setiap awal tahun.
----------------------------------------------------------------------------------------------
PAKAR JAM TAQWIM SOLAT DIGITAL
PAKAR JAM TAQWIM SOLAT DIGITAL
PAKAR JAM TAQWIM SOLAT DIGITAL
----------------------------------------------------------------------------------------------
PAKAR JAM TAQWIM SOLAT DIGITAL
PAKAR JAM TAQWIM SOLAT DIGITAL
----------------------------------------------------------------------------------------------
PAKAR JAM TAQWIM SOLAT DIGITAL
PAKAR JAM TAQWIM SOLAT DIGITAL
PAKAR JAM TAQWIM SOLAT DIGITAL
PAKAR JAM TAQWIM SOLAT DIGITAL
PAKAR JAM TAQWIM SOLAT DIGITAL
PAKAR JAM TAQWIM SOLAT DIGITAL
PAKAR JAM TAQWIM SOLAT DIGITAL
JAM TAQWIM: TEMPAHAN KHAS
ANTARA PROJEK JAM TEMPAHAN KHAS YANG TELAH DILAKSANAKAN:
MASJID DARUSSALAM, BATU 13.5 PUCHONG
(2013)
----------------------------------------------------------------------------------------------
MASJID ALOR PONGSU, BAGAN SERAI, PERAK.
(2012)
----------------------------------------------------------------------------------------------
SURAU ISTANA NEGARA, JALAN DUTA, KUALA LUMPUR
(2012)
----------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------
MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
DAF06 - 22" x 16" (2014)
----------------------------------------------------------------------------------------------
AKEPT, BANDAR ENSTEK, N.SEMBILAN
JAMINAN PRODUK (PENGELUAR)
1) Jaminan ini berkuatkuasa dari tarikh pembelian dan sah selama setahun.
- PCB Board Jam Solat (Warranty setahun)
- Adaptor Jam (Warranty 6 bulan)
2) Jaminan ini sah di Malaysia sahaja tertakluk kepada kad jaminan @ e-warranty yang telah diisi dan dikembalikan kepada PTIME RESOURCES.
3) Jaminan tidak termasuk kos transport/kurier.
4) Jaminan ini merangkumi baikpulih atau penggantian semula barangan yang terbukti tidak berfungsi akibat kesilapan teknikal pemasangan ketika dalam proses industri. Jaminan ini hanya diberikan untuk pembelian dari pengedar atau agen yang dilantik oleh PTIME RESOURCES sahaja.
5) Jaminan ini tidak merangkumi kerosakan berikut:
a. Pemasangan semula / baikpulih / pengubahsuaian oleh bukan pengedar yang sah.
b. Pengunaan bekalan kuasa yang tidak mengikut spesifikasi.
c. Merosakkan dengan sengaja.
d. Pengendalian / membawa dengan kasar.
6) Jaminan ini akan terbatal & tidak sah sekiranya:
a. Mana-mana bahagian ditokok tambah atau diubah dalam bentuk apa jua cara tanpa kebenaran bertulis daripada PTIME RESOURCES.
b. Mana-mana bahagian diubahsuai / dibaikpulih (dan sebagainya) oleh pihak yang tidak dilantik oleh PTIME RESOURCES.
JAMINAN PERKHIDMATAN PRODUK
1) Servis percuma untuk kerja-kerja pembaikan produk (sepanjang tempoh jaminan)
a. Sila rujuk Jaminan Produk
2) Servis selepas jualan, sila hubungi talian 04-484 6834
a. Khidmat nasihat dalam perkara teknikal berkaitan produk
b. Membantu penguna dalam proses mengemaskini taqwim solat